Ahad, 30 November 2008


16-11-2008
AHAD
6.17 PAGI
FLAT GURU
43190


7.17 PAGI
KG PENGGALAT KECIL PAPAR
43226


7.30 PAGI
BUANG SAYANG PAPAR
43238


7.46 PAGI
MASJID KIMANIS
43256


7.55
MASJID BONGAWAN
43267


8.07
PEKAN MEMBAKUT
43276


8.52
PEKAN BEAUFOT
43296


9.20
MASJID LUANGAN
43306


9.24
MASJID KG BUKAU
43311


9.28
MASJID KG MARABA WAHDATUL UMMAH
43315


9.43
MASJID PEKA WESTON
43324


10.38
MASJID KG NALUYAN
43345


10.58
MASJID PEKA SIPITANG
43353


11.44
SINDUMIN
43371


11.55
IMIGRESEN MERAPOK
43372


1.10
MASJID KG LAKUTAN SARAWAK
43394


4.00
LAWAS
43411


6.00
TRUSAN FERI SARAWAK
43435


7.15
IMIGRESEN PUNI BRUNEI
43473


7.47
FERI PUNI
43475
17.11.2008
ISNIN
5.55 PAGI
MASJID LIMBANG
43492



SEMPADAN LIMBANG DAN BRUNEI
43575


8.50 PAGI
SIMPANG MULAUT- LIMAU MANIS BRUNEI
43578


10.30
JAMBATAN SG. TUTONG
43628


11.58
TOL RASAU KUALA BELAIT
43704


12.10
KG SUNGAI TERABAN
43712


12.52
IMIGRESEN SG TUJUH
43722


1.43
BANDAR MIRI
43761
18.11.2008
SELASA
6.45 PAGI
MASJID BANDAR MIRI
43790


7.49
STESYEN PETRONAS BUNUT
43843


8.48
STESYEN PETRONAS NIAH
43896


3.50 PETANG
MASJID ASSYAKIRIN BINTULU
44043


4.04
BANDAR BINTULU
44051
19.11.2008
RABU
6.03 PAGI
MASJID BINTULU
44054


6.25
PETRONAS
44058


8.45
RESTORAN NURLIANA ABDULLAH BT 51 JLN SIBU BINTULU
44199


9.27
STEYESEN PETRONAS SYK BUMI JAYA
44202


2.20
MASJID BANDAR SIBU
44285


2.55
TOL LANANG
44299


3.16
PETRONAS SG TULAI
44315


5.28
MASJID SARIKEI
44367
20.11.2008
KHAMIS
6.00 PAGI
MASJID SARIKEI
44367


8.00
PETRONAS BETONG
44483


10.17
KOMPLEKS SUKAN SRI AMAN
44560


10.37
BANDAR
SRI AMAN
44563


10.15
SUNGAI SRI AMAN
44564


10.47
PETRONAS SRI AMAN
44564


12.43
SURAU AL FALAH KG ENSEBANG BALAI RINGIN SERIAN
44663


2.11
PETRONAS SERIAN
44701


2.45
SURAU NUR BAKTI DAKWAH SIBURAN
44737


2.55
PETRONAS BT 12 SARAWAK
44744


3.26
BANDARAYA KUCING
44762


5.37
SURAU DARUL HUSNI PETRA JAYA SARAWAK
44767
21.11.2008
JUMAAT
6.08
PASAR SATOK
44770


7.55
DAMAI RESORT
44805


12.21
MASJID JAMEK KUCING
44849


1.35
SURAU HUSNI WARRAHMAH
44855


5.08 PETANG
DEWAN BANDARAYA UTARA SARAWAK
44860
22.11.2008
SABTU
7.40
KEDAI KOPI INDIA BT 7 SARAWAK
44910


9.23
MASJID ENSEBANG JAYA KM 32 SERIAN
44994


11.33
SIMPANG KE SRI AMAN
45086


12.50
SURAU BETONG
45156


2.50
BANDAR SARIKEI
45262


5.20
MASJID AL MUHAJIRIN
45336
23.11.2008
AHAD
5.51
MASJID AL MUHAJIRIN SIBU
45336


8.10
PEKAN TATAU
45497


1.30
KG MUHIBAH LADANG 3 MIRI
45692


3.10
PETRONAS BEKENU
45729


4.05
IMIGRESEN KUALA BELAIT
45820


5.30
MASJID KUALA BELAIT
45830



MASJID SG TERABAN KUALA BELAIT
45830



MASJID KG TELISAI BRUNEI
45890



DAERAH TUTONG PANTAI TUNGKU
45943
24.11.2008
ISNIN
7.22
MASJID TALISAI TUTONG
45890


10.45
LIMBANG
46055


11.32
FERI USAHA SAMA TEMBURONG
46072


11.34
IMIGRESEN PONI BRUNEI
46073


11.55
PEKAN TEMBURONG BANGAR
46078


12.28
FERI TRUSAN
46107


12.44
IMIGRESEN TRUSAN
46108


1.05
MASJID LAWAS
46128

Khamis, 27 November 2008

PENAFIAN

PenafianSebarang kerugian, kerosakan dan mengguris sanubari yang dialami akibat bahan-bahan yang terdapat dalam blog ini adalah tanggungjawab anda sendiri. Sebarang kandungan yang menyinggung semua pihak sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia saya pohon kemaafan.

KAMBING DAN LEMBU UNTUK DI JUAL



















SILA HUBUNGI ENCIK AJIMIN
TELEFON NOMBOR
016-8172004
ATAU ENCIK KASSIM SELAMAT
TELEFON NOMBOR 019-5852569
HARGA BOLEH RUNDING DAN
PENGHANTARAN DI SEDIAKAN.














MEGATRON SESUAI UNTUK PERJALANAN JAUH DAN MENCABAR



ALAT INI SAYA GUNAKAN UNTUK PERJALANAN KE SARAWAK SEJAUH 3217 KM PERGI DAN BALIK. IANYA MENJIMATKAN MINYAK PETROL SEBANYAK 30 PERATUS DAN DAYA PECUTAN MENAIKI BUKIT MAKIN LAJU DI SAMPING AIR-COND SEMAKIN KUAT.
UNTUK MAKLUMAN KOS MINYAK YANG SAYA GUNAKAN KE SARAWAK PERGI DAN BALIK IALAH SEBANYAK RM277.50 SAHAJA. KOS SEBENAR IALAH RM396.47 - 30 % = RM277.50
CARA PEMAKAIAN MUDAH SAJA. CUCUK KE DALAM API ROKOK DAN HIDUPKAN INJIN. PANTANG LARANG JANGAN CABUT MASA KENDERAAN SEDANG BERJALAN. TEMPOH JAMINAN 7 TAHUN SAJA.
KALAU ANDA BERMINAT SILA HUBUNGI KASSIM SELAMAT
NO. TELEFON 019-5852569 ATAU 088-432540






Jumaat, 14 November 2008

PENDERITAAN YANG DIALAMI OLEH ABU HURAIRAH

Pada suatu hari Abu Hurairah sedang membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Kemudian dia bercakap seorang diri. "Ah, lihat akan Abu Hurairah, dia membersihkan hidungnya dengan sehelai sapu tangan yang cantik. Teringat aku semasa aku biasanya berbaring di antara mimbar dengan rumah Nabi. Orang menyangka aku menghidap penyakit sawan. Tetapi sebenarnya aku sedang menderita kelaparan."
Abu Hurairah mengalami kelaparan selama beberapa hari. Kadang-kadang kelaparan yang dihadapinya begitu dahsyat hingga ia jatuh pengsan. Orang yang melihat keadaannya menyangka ia terkena penyakit sawan.
Pada masa itu penderita-penderita penyakit sawan diubati dengan meletakkan kaki di lehernya. Penderitaan Abu Hurairah ini berlaku semasa Islam mula bertapak di Tanah Arab. Apabila Islam telah tersebar dengan luasnya, keadaan hidupnya agak mewah sedikit.
Dia merupakan seorang yang sangat warak dan suka menunaikan sembahyang-sembahyang nafilah. Dia mempunyai sebuah uncang yang penuh dengan biji-biji buah tamar yang digunakan untuk berzikir. Di rumahnya sentiasa terdapat orang yang sibuk bersembahyang.

KISAH UNTA MEMATAHKAN RANCANGAN ABU JAHAL UNTUK MEMBUNUH RASULULLAH S.A.W

Setelah pelbagai usaha oleh kaum Quraisy untuk menyekat dan menghapuskan penyebaran agama Islam menemui kegagalan, maka Abu Jahal semakin benci terhadap Rasulullah S.A.W. Kebencian Abu Jahal ini tidak ada tolok bandingnya, malah melebihi kebencian Abu Lahab terhadap Rasulullah S.A.W.
Melihatkan agama Islam semakin tersebar, Abu Jahal pun berkata kepada kaum Quraisy di dalam suatu perhimpunan, "Hai kaumku! Janganlah sekali-kali membiarkan Muhammad menyebarkan ajaran barunya dengan sesuka hatinya. Ini adalah kerana dia telah menghina agama nenek moyang kita, dia mencela tuhan yang kita sembah. Demi Tuhan, aku berjanji kepada kamu sekalian, bahwa esok aku akan membawa batu ke Masjidil Haram untuk dibalingkan ke kepala Muhammad ketika dia sujud. Selepas itu, terserahlah kepada kamu semua samada mahu menyerahkan aku kepada keluarganya atau kamu membela aku dari ancaman kaum kerabatnya. Biarlah orang-orang Bani Hasyim bertindak apa yang mereka sukai."
Tatkala mendengar jaminan daripada Abu Jahal, maka orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu berkata secara serentak kepadanya, "Demi Tuhan, kami tidak akan sekali-kali menyerahkan engkau kepada keluarga Muhammad. Teruskan niatmu."
Orang ramai yang menghadiri perhimpunan itu merasa bangga mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Abu Jahal bahwa dia akan menghapuskan Muhammad kerana jika Abu Jahal berjaya menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W bererti akan terhapuslah segala keresahan dan kesusahan mereka selama ini yang disebabkan oleh kegiatan Rasulullah S.A.W menyebarkan agama Islam di kalangan mereka.
Dalam pada itu, terdapat juga para hadirin di situ telah mengira-ngira perbelanjaan untuk mengadakan pesta sekiranya Nabi Muhammad S.A.W berjaya dihapuskan. Pada pandangan mereka adalah mudah untuk membunuh Nabi Muhammad S.A.W yang dikasihi oleh Tuhan Yang Maha Esa serta sekalian penghuni langit. Padahal Allah tidak akan sekali-kali membiarkan kekasih-Nya diancam dan diperlakukan seperti binatang.
Dengan perasaan bangga, keesokan harinya di sebelah pagi, Abu Jahal pun terus pergi ke Kaabah iaitu tempat biasa Nabi Muhammad S.A.W bersembahyang. Dengan langkahnya seperti seorang satria, dia berjalan dengan membawa seketul batu besar di tangan sambil diiringi oleh beberapa orang Quraisy yang rapat dengannya. Tujuan dia mengajak kawan-kawannya ialah untuk menyaksikan bagaimana nanti dia akan menghempapkan batu itu di atas kepala Nabi Muhammad S.A.W.
Sepanjang perjalanan itu dia membayangkan bagaimana keadaan Nabi Muhammad nanti setelah kepalanya dihentak oleh batu itu. Dia tersenyum sendirian apabila membayangkan kepala Nabi Muhammad S.A.W pecah dan tidak bergerak lagi. Dan juga membayangkan bagaimana kaum QUraisy akanmenyambutnya sebagai pahlawan yang telah berjaya membunuh musuh nombor satu mereka.
Sebaik saja Abu Jahal tiba di perkarangan Masjidil Haram, dilihatnya Rasulullah S.A.W baru saja sampai dan hendak mengerjakan sembahyang. Dalam pada itu, Nabi Muhammad S.A.W tidak menyedari akan kehadiran Abu Jahal dan kawan-kawannya di situ. Baginda tidak pernah terfikir apa yang hendak dilakukan oleh Abu Jahal terhadap dirinya pada hari itu.
Sebaik-baik saja Abu Jahal melihat Rasulullah S.A.W telah mula bersembahyang, dia berjalan perlahan-lahan dari arah belakang menuju ke arah Nabi Muhammad S.A.W. Abu Jahal melangkah dengan berhati-hati, setiap pergerakannya dijaga, takut disadari oleh baginda.
Dari jauh kawan-kawan Abu Jahal memerhatikan dengan perasaan cemas bercampur gembira. Dalam hati mereka berkata, "Kali ini akan musnahlah engkau hai Muhammad."
Sebaik saja Abu Jahal hendak menghampiri Nabi Muhammad S.A.W dan menghayun batu yang dipegangnya itu, tiba-tiba secepat kilat dia berundur ke belakang. Batu yang dipegangnya juga jatuh ke tanah. Mukanya yang tadi merah kini menjadi pucat lesi seolah-olah tiada berdarah lagi. Rakan-rakannya yang amat ghairah untuk melihat Nabi Muhammad S.A.W terbunuh, tercengang dan saling berpandangan.
Kaki Abu Jahal seolah-olah terpaku ke bumi. Dia tidak dapat melangkahkan kaki walaupun setapak. Melihatkan keadaan itu, rakan-rakannya segera menarik Abu Jahal dari situ sebelum disadari oleh baginda. Abu Jahal masih terpinga-pinga dengan kejadian yang dialaminya.
Sebaik saja dia sedar dari kejutan peristiwa tadi, rakan-rakannya tidak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya yang telah berlaku. Kawannya bertanya, "Apakah sebenarnya yang terjadi kepada engkau, Abu Jahal? Mengapa engkau tidak menghempapkan batu itu ke kepala Muhammad ketika dia sedang sujud tadi?"
Akan tetapi Abu Jahal tetap membisu, rakan-rakannya semakin keheranan. Abu Jahal yang mereka kenali selama ini seorang yang lantang berpidato dan menyumpah seranah Nabi S.A.W, tiba-tiba saja diam membisu.
Dalam pada itu, Abu Jahal masih terbayang-bayang akan kejadian yang baru menimpanya tadi. Dia seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, malah dia sendiri tidak menyangka perkara yang sama akan berulang menimpa dirinya.
Perkara yang sama pernah menimpa Abu Jahal sewaktu Rasulullah S.A.W pergi ke rumah Abu Jahal apabila seorang Nasrani mengadu kepada baginda bahwa Abu Jahal telah merampas hartanya. Pada masa itu Abu Jahal tidak berani berkata apa-apa pada baginda apabila dia terpandang dua ekor harimau menjadi pengawal peribadi Rasulullah S.A.W.
Kemudian setelah habis mereka menghujani Abu Jahal dengan pelbagai soalan, maka Abu Jahal pun mula bersuara, "Wahai sahabatku! Untuk pengetahuan kamu semua, sebaik saja aku menghampiri Muhammad hendak menghempapkan batu itu ke kepalanya, tiba-tiba muncul seekor unta yang besar hendak menendang aku. Aku amat terkejut kerana belum pernah melihat unta yang sebegitu besar seumur hidupku. Sekiranya aku teruskan niatku, nescaya akan matilah aku ditendang oleh unta itu, sebab itulah aku berundur dan membatalkan niatku."
Rakan-rakan Abu Jahal berasa amat kecewa mendengar penjelasan itu, mereka tidak menyangka orang yang selama ini gagah dan beria-ia hendak membunuh Nabi Muhammad S.A.W hanya tinggal kata-kata saja. Orang yang selama ini diharapkan boleh menghapuskan Nabi Muhammad S.A.W dan pengaruhnya hanya berupaya bercakap seperti tin kosong saja.
Setelah mendengar penjelasan dari Abu Jahal yang tidak memuaskan hati itu, maka mereka pun berkata kepada Abu Jahal dengan perasaan keheranan, "Ya Abu Jahal, semasa kau menghampiri Muhammad tadi, kami memerhatikan engkau dari jauh tetapi kai tidak napak akan unta yang engkau katakan itu. Malah bayangnya pun kami tidak nampak."
Rakan-rakan Abu Jahal mula sangsi dengan segala keterangan yang diberikan oleh Abu Jahal. Mereka menyangka Abu Jahal sentiasa mereka-reka cerita yang karut itu, mereka mula hilang kepercayaan terhadapnya. Akhirnya segala kata-kata Abu Jahal mereka tidak berapa endahkan lagi.